Home » Langit Terbuka » ‘Kita tak ambil iktibar’

‘Kita tak ambil iktibar’

Jelas dalam al-Quran dan hadis bahawa arak itu haram,tegas Mufti Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Penganjuran pesta arak, Oktoberfest di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini sejak beberapa hari lalu membuktikan tragedi yang me­nimpa negara jiran tidak pernah menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia khususnya orang Islam.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, situasi itu cukup menyedihkan bagi sebuah negara yang jelas dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan Islam sebagai agama persekutuan.

“Kita kata kita negara Islam tapi pengurusan dalam hal yang ditegah hendak ‘diuruskan’ pula, sedangkan jelas dalam al-Quran dan hadis bahawa arak itu haram, “ katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Pusat, Dr. Roslan Mohd. Nor berkata, tindakan membenarkan penganjuran Oktoberfest di tempat awam menunjukkan rasa hormat terhadap orang Islam di negara ini semakin hilang.

“Kita membantah sebarang penganjuran program berkaitan arak secara terbuka, justeru agensi bertanggungjawab perlu tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *