Home » Langit Terbuka » Wakaf mampu tangani masalah B40

Wakaf mampu tangani masalah B40

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, jika amalan wakaf dapat dihayati sepenuhnya, golongan B40 dapat dibantu khususnya dari segi ekonomi

SERDANG – Amalan wakaf yang dituntut dalam Islam mampu menyelesaikan masalah dan bebanan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, jika amalan wakaf dapat dihayati sepenuhnya, golongan itu dapat dibantu khususnya dari segi ekonomi.

“Wakaf bukan sahaja memainkan peranannya, tetapi merupakan penyumbang utama dalam membina semula negara ini.

“Wakaf menjadi satu daripada faktor penyumbang untuk menyelesaikan masalah golongan B40 yang amat terdesak.

“Paling utama kita diberikan limpahan ekonomi kepada mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Wakaf Institusi Pendidikan 2018 dan Majlis Pelancaran Buku Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan di Dewan Bankuet, Universitu Putra Malaysia, di sini.

Muhajid berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini meletakkan keutamaan kepada golongan B40 dengan meneruskan pemberian subsidi bersasar, namun ia masih belum mencukupi membela mereka.

“Sumbangan wakaf boleh beri pembelaan terhadap golongan B40 sehingga manfaat daripada wakaf ini dapat dilimpahkan kepada B40 di bawah sana.

“Sama ada ia bersifat pendidikan lebih lestari dan berjangka panjang, atau bersifat perumahan yang diperlukan hari ini,” katanya.

Tambah beliau, wakaf secara tidak langsung dapat membantu kerajaan berdepan dengan kemerosotan ekonomi untuk membela golongan B40 khususnya di kawasan bandar.

“Kerajaan sendiri tidak mampu menanggung keseluruhannya (pendidikan dan perumahan).

“Kalau kedudukan ekonomi kita tidak mantap, bagaimana wakaf dan zakat boleh diperkembangkan,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *