Home » Langit Terbuka » ‘Macamlah menteri agama ini bodoh sangat’

‘Macamlah menteri agama ini bodoh sangat’

Mengulas isu serbuan khalwat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) memberitahu, sesetengah pihak lebih berminat membaca tajuk berita terlebih dahulu dan membuat andaian sendiri tanpa mendapatkan kepastian mengenainya

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang lebih berminat mengecam sesuatu perkara tanpa mengetahui kebenarannya.

Ketika mengulas isu serbuan khalwat, Mujahid memberitahu, sesetengah pihak lebih berminat membaca tajuk berita terlebih dahulu dan membuat andaian sendiri tanpa mendapatkan kepastian mengenainya.

“Daripada isu ini kita boleh lihat bagaimana tahap mentaliti seseorang, ada yang tidak membaca transkrip penuh tetapi memaki hamun, macamlah menteri agama ini bodoh sangat, tidak ada agama.

“Saya tidak hairan dengan komen-komen daripada media sosial, tetapi kadang-kadang yang cakap ini taraf-taraf agamawan, taraf yang dihormati oleh masyarakat,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Meja Bulat: Falsafah dan Tatacara Hukuman Jenayah Syariah Dalam Mencapai Matlamat Rahmatan lil Alamin di Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS), di sini hari ini.

Tambah Mujahid, sekiranya beliau dihormati pastinya pihak terbabit akan mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Setidak-tidaknya ambillah sikap membiarkan menteri memberikan penjelasan terlebih dahulu, kalau kita hormat dia (menteri), kalau tidak hormat main belasah sahaja,” katanya.

Sebelum ini Mujahid dikecam beberapa pihak kerana didakwa mengeluarkan kenyataan kerajaan tidak akan melaksanakan serbuan khalwat kepada pasangan Islam.

Namun beliau menafikan laporan tersebut dan memberikan tempoh 24 jam kepada akhbar The Star untuk membuat permohonan maaf secara terbuka bermula semalam. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *