Home » Citra Yadim » Dialog Harmoni Pulau Pinang

Dialog Harmoni Pulau Pinang

NIBONG TEBAL – Bertempat di Institut latihan Perindustrian Arumugam Pillai di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah bekerjasama dengan beberapa agensi lain mengadakan program Dialog Harmoni.

Program pada 21 September ini bertujuan membawa wakil wakil agama untuk berforum dalam satu platform bagi tujuan mempromosikan keharmonian sesama agama.

Ia telah dianjurkan secara bersama oleh YADIM Zon Utara, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Hidayah Centre, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia dan beberapa pihak lagi.

Tiga orang panel telah diundang bagi membicarakan tajuk ‘Peranan Agama Dalam Membina Masyarakat Harmoni’ iaitu Dr. Karpal Singh Dara Singh, mewakili Sikh, En Subromaniam Suppiah (Hindu) dan Tuan Haji Kamarudin bin Abdullah (Islam).

 

Di akhir program, dapat disimpulkan, meskipun setiap agama mempunyai perbezaan dari segi ideologi serta fahaman, ketiga-tiga panel bersetuju betapa perlu untuk menghormati setiap agama bagi memastikan keharmonian dalam masyarakat sentiasa terpelihara.

Seramai 200 orang peserta hadir ke program ini.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *