Home » Langit Terbuka » Bomba lemas : Pengorbanan para syuhada – Mufti

Bomba lemas : Pengorbanan para syuhada – Mufti

Mufti Wilayah Persekutuan mencadangkan rakyat dan kerajaan menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban yang ditanggung keluarga mangsa bomba yang lemas semasa operasi mencari seoarang remaja

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan kejadian enam anggota bomba yang terkorban dalam mencari pelajar tingkatan lima dipercayai lemas di lombong Putra Perdana, Puchong sebagai pengorbanan para syuhada.

Zulkifli turut megucapkan takziah kepada keluarga enam anggota anggota terbabit.

“Berdasarkan Riwayat al-Bukhari (653), orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah. Kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban.

“Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada’ kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada,” katanya dalam satu kenyataan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau mengulas laporan enam anggota daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor itu lemas akibat dibawa arus deras ketika mencari Mohd. Ilham Fahmy Mohd. Azzam, 17, yang hilang ketika memancing di lombong berkenaan.

Beliau mencadangkan rakyat dan kerajaan menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban yang ditanggung keluarga mangsa.

“Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.

“Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga. Sesungguhnya, inilah kakitangan kerajaan di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja,” katanya. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *