BANGI – Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dukacita dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja melemparkan fitnah terhadap keluarga diraja Johor, berkaitan isu sekeping tanah yang menjadi tular di laman sosial.
Melalui kiriman dalam laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim kesal kerana dakwaan keluarga diraja Johor mengambil tanah sebuah sekolah agama swasta di Johor Bahru.
“Jangan senang sangat membuat apa-apa atau sebarang kenyataan tanpa merujuk terhadap mereka yang berkaitan (officials) atau kerajaan dahulu” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).
Sultan Ibrahim bertitah, perkara itu juga sengaja disebarkan dalam laman media sosial walaupun ia tidak benar. – Ismaweb
KOMEN