PUTRAJAYA – Dalam berusaha menyebarluaskan dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak lupa untuk menjaga kebajikan kakitangannya.
Untuk itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia YADIM menawarkan Skim Kesihatan dan Simpanan Takaful Secara Berkelompok untuk warga kerja organisasi ini.
Pada 21 September, melalui satu sesi penerangan oleh Pegawai Penerangan CEUPACS, Tuan Mohamad Hazrin Md Zainal, kakitangan YADIM telah dijelaskan mengenai kepentingan dan kelebihan menyertai skim kesihatan berkenaan.
Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila hampir kesemua kakitangan yang mendengar taklimat kemudiannya mendaftarkan diri.
“Skim ini khusus ditawaakan kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun, sehingga kini ia telah memberi manfaat kepada kira kira 700,000 orang. Ia memberi perlindungan dengan bayaran serendah RM40 sebulan, dan ia juga boleh digunakan untuk melindungi ahli keluarga terdekat kakitangan berkenaan, “jelas Mohamad Hazrin.
Tambah beliau, ramai yang menyangka CEUPACS sekadar berfungsi memperjuangkan isu gaji dan bonus untuk kakitangan awam, sedangkan pihaknya turut mempunyai bahagian yang menjaga kebajikan serta penyelidikan.
KOMEN