Home » Langit Terbuka » Transgender: Kerajaan bantu beri kerja

Transgender: Kerajaan bantu beri kerja

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pada masa kini program seperti itu telah pun dilaksanakan oleh PIP yang terbukti telah mewujudkan kesan positif kepada golongan berkenaan

KUANTAN – Kerajaan menerima cadangan Persatuan Insaf Pahang (PIP) dalam melaksanakan program bertukar kerjaya kepada golongan mak nyah atau transgender di negara ini dalam usaha membantu golongan ini keluar daripada belenggu sebagai pekerja seks.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pada masa kini program seperti itu telah pun dilaksanakan oleh PIP yang terbukti telah mewujudkan kesan positif kepada golongan berkenaan untuk terus berubah

Menurutnya, pihaknya memberi tanggungjawab kepada PIP bagi membantu menyediakan kertas kerja program tersebut sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara di samping mampu menjadi badan NGO yang aktif dalam membawa golongan tersebut ke arah kebaikan.

“Hasil pertemuan, ramai di kalangan mereka yang mengakui mahu kembali ke pangkal jalan namun tidak diberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik yang menyebabkan akhirnya mereka kembali terjebak dengan pekerjaan lama. Kita akan bimbing dengan pekerjaan walaupun tiada kemahiran supaya mereka dapat berdikari dalam mencari pendapatan.

“Sehubungan itu melalui program itu kita mahu mereka secara sukarela meninggalkan pekerjaan seks itu dan bukannya dengan paksaan kita akan berikan mereka kemahiran, kelayakan atau sijil untuk menceburi bidang perniagaan, andaman, solekan, katering dan rekaan fesyen,” katanya.

Program dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dijangka mampu merubahgolongan ini. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *