Home » Citra Yadim » Kolaborasi media Jakim, Yadim untuk penyebaran dakwah

Kolaborasi media Jakim, Yadim untuk penyebaran dakwah

PUTRAJAYA – Dua organisasi dakwah utama negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyatakan persetujuan bersama untuk menjalin kerjasama media bagi tujuan memperkasa usaha dakwah di negara ini.

Persetujuan itu dicapai hasil lawatan kerja Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) YADIM ke Unit Komunikasi Korporat (UKK) JAKIM di Kompleks Pusat Islam di sini pada 27 September (Khamis).

Delegasi YADIM diketuai oleh Pengarah BKK, Tuan Mohd Yuswandi Abdul Majid selain beberapa kakitangan bahagian berkenaan. Antara yang dibincangkan bersama antara kedua agensi ini ialah bentuk kerjasama, pertukaran idea, serta bagaimana menangani isu isu keagamaan yang timbul, khususnya di media sosial.

‘Selaku agensi utama agama negara di peringkat persekutuan, JAKIM sudah tentu mempunyai pengalaman berhadapan dengan pelbagai isu yang timbul, terutamanya di media sosial, ini yang YADIM perlu pelajari,’ kata Yuswandi.

Menerusi perbincangan itu juga, YADIM juga memohon jasa baik JAKIM untuk menggunakan platform JAKIM bagi mempromosikan kegiatan dakwahnya.

Tuan Zakaria Othman, Ketua UKK JAKIM memberitahu, pihaknya mengalu alukan kerjasama antara kedua organisasi itu sambal menambah, sebarang sinergi bersama bakal memberi manfaat kepada kedua pihak, terutamnya dalam bidang penyebaran dakwah.

‘YADIM juga ada kemahiran yang JAKIM juga ingin belajar, kami ada kemudahan dan platform yang boleh dimanfaatkan secara bersama, ‘ujarnya.

Lawatan selama dua jam itu turut meliputi kunjungan ke Bahagian Media (MEP) JAKIM yang banyak menerbitkan rancangan rancangan keagamaan dan dakwah untuk Radio Televisyen Malaysia.

MEP JAKIM turut menyambut baik cadangan kerjasama media dengan YADIM dan bersedia menawarkan kemudahan yang dimilikinya bagi tujuan penyebaran dakwah.

Hadir sama dalam lawatan ialah Tuan Aswad Mahamad dari Bahagian Penerbitan dan Pemasaran YADIM serta wakil sekretariat Felow Muda Dakwah (FMD), Puan Nor Izati Samsudin yang turut menyampaikan hasratnya untuk menempatkan FMD di MEP JAKIM.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *