KUCHING – Peranan dan keberkesanan pelaksanaan program -program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terbukti apabila ia dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Bidang Kerjasama MABIMS ke-6.
MABIMS atau dikenali sebagai Majlis Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura merupakan satu kerjasama peringkat antarabangsa melibatkan negara negara utama Asia Tenggara.
Ia adalah suatu bentuk kesepakatan serantau yang bergerak atas dasar keagamaan bagi menjaga muslihat dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal yang bersifat politik negara anggota.
Pengurus Besar Operasi, Ustaz Mohd Khairul Fuad Samsuddin, yang mewakili YADIM dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS di sini pada 18 hingga 20 September lalu berkata, ini adalah satu amanah yang besar, namun percaya ia dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
“Dengan rangkaian strategik yang dimilik YADIM, insyaAllah ia dapat dicapai,”ujarnya.
YADIM sebelum ini juga pernah diberi kepercayaan melaksanakan beberapa program berskala besar seperti Multaqa Ulama Sedunia Alumni Al-Azhar kali ketiga yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada tahun 2008
KOMEN