Home » Langit Terbuka » Usul Akta Majlis Halal Negara di bawa ke Parlimen

Usul Akta Majlis Halal Negara di bawa ke Parlimen

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, dalam usaha mempertingkatkan kecekapan industri halal, keperluan akta berkenaan adalah sangat penting untuk penyeragaman

SERI KEMBANGAN – Kerajaan akan memberi tumpuan terhadap pembentangan Akta Majlis Halal Negara dalam usaha menyelaras tugas dan peranan agensi halal di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Fuziah Salleh berkata, dalam usaha mempertingkatkan kecekapan industri halal, keperluan akta itu adalah sangat penting untuk penyeragaman.

“Ketika ini ada sebanyak 342 agensi halal di bawah JPM dan kita bercadang untuk membentangkan Akta Majlis Halal Negara bagi memastikan agensi ini bekerja dengan lebih cekap.

“Buat masa ini akta terbabit belum ada, namun kami akan bentangkan usul berkaitan di Parlimen bulan depan.

“Akta ini akan berperanan sebagai penambahbaikan bagi menyelaraskan semua agensi halal berkaitan isu dan industri terbabit,” katanya pada sidang media majlis pelancaran Halfest Giant 2018 di sini, hari ini.

Halfest Giant 2018 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) selama empat hari bermula hari ini, adalah kerjasama GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd dan SHAPERS Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaime; Ketua Pegawai Eksekutif SHARPER Malaysia Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Shukri Abdullah dan Pengarah Urusan GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Pierre-Olivier Deplanck.

Sementara itu, Sirajuddin berkata fungsi Majlis Halal Negara bukan saja bertujuan memperkasakan industri tetapi juga ke arah satu akta untuk menguatkuasakan undang-undang berkaitan.

“Memperkasakan industri halal merangkumi pensijilan, pembangunan industri promosi dan pemasaran.

“Kerjasama dengan agensi halal ini juga adalah usaha untuk meningkatkan penjenamaan negara sebagai industri halal terbaik di dunia,” katanya. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *