Home » Citra Yadim » September bulan sukan warga YADIM

September bulan sukan warga YADIM

PUTRAJAYA – Sepanjang September ini, warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menerusi Kelab Ukhwah Fillah YADIM (KUFY) terlibat dengan kejohanan sukan badan dakwah ini.

Ahli ahli KUFY dibahagikan kepada 3 pasukan iaitu rumah hijau (Al Razi), biru (Al Farabi) dan merah (Al Kindi).

Antara acara yang dipertandingkan ialah futsal, bola jaring, bola baling dan bola tampar. Pertandingan sukan dalaman seperti catur, congkak dan karom juga diadakan.

Pertandingan sukan ini turut menyaksikan Yang Dipertua YADIM, Y.Bhg Dr Yusri Mohamad serta lain lain pengurusan kanan turut mengambil bahagian dalam beberapa acara. Dr Yusri antaranya, beraksi dalam acara sepak takraw mewakili rumah hijau.

Dr. Yusri berkata, penganjuran aktiviti sukan sedemikian membina dan mengeratkan hubungan sesama warga Yadim.

“Saya sendiri rasa gembira apabila berpeluang bermain sepaktakraw,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi KUFY, Tuan Abi Said Al Khudri berkata, ahli ahli bukanlah atlet yang mahukan kemenangan tetapi mahu penglibatan dalam sukan ini menjadi platform terbaik penyatuan warga Yadim.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *