Home » Citra Yadim » Karnival Transformasi Anak Muda Kelantan

Karnival Transformasi Anak Muda Kelantan

KOTA BHARU – Sebuah program yang dinamakan Karnival Transformasi Anak Muda Kelantan bakal diadakan di negeri ini yang bertujuan menyediakan platform berasaskan penggalakan  pendidikan kepada golongan remaja di sini.

Program yang bakal dirasmikan oleh Yang Di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Y.Bhg Dr Yusri Mohamad itu, akan diadakan pada 27 September ini di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, di sini.

Bagi tujuan itu, satu mesyuarat pelaksanaan telah diadakan pada 18 September lalu yang dipengerusikan oleh Pegawai Perhubungan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu,En Zizee Setapa. Hadir sama ialah Ustazah Yusnita Mohamed Yusoff, Eksekutif Kanan YADIM Zon Timur selaku Penyelaras Program dan Ketua Urusetia Program, Ustaz Haji Muhammad Amir Ghani.

“Alhamdulillah, semua sekolah menyatakan komitmen untuk menjayakan program ini, kita anggarkan seramai 700 orang pelajar akan menyertainya,” ujar Yusnita.

Tiga belas buah sekolah akan terlibat seperti SMK Putera, SMK Puteri, SMK Sultan Ismail Petra (SMIP), SMK Kota Bharu, SMK Tanjong Mas, SMK Tanjong Chat, SMK Penambang, SMK Zainab (2), SMK Zainab (1), SMK Kota, SMK Ahmad Maher, SMK Kubang Kerian (2), Maktab Sultan Ismail.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *