Home » Langit Terbuka » Pluralisme agama: Doa kemenangan Mais

Pluralisme agama: Doa kemenangan Mais

MAIS dalam kenyataannya menjelaskan, kemenangan buat MAIS, Jawatankuasa Fatwa Selangor dan kerajaan negeri amat penting kerana jika berpihak kepada SIS, ia akan menjadi precedent terhadap kes lain yang sedang berjalan

SHAH ALAM – Umat Islam di Selangor diminta mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah agar memberi kemenangan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas semakan rayuan kehakiman berhubung fatwa pluralisme dan liberalisme yang dibuat pertubuhan kontroversi, Sisters in Islam (SIS).

MAIS dalam kenyataannya menjelaskan, kemenangan buat MAIS, Jawatankuasa Fatwa Selangor dan kerajaan negeri amat penting kerana jika berpihak kepada SIS, ia akan menjadi precedent terhadap kes lain yang sedang berjalan di mahkamah khususnya melibatkan isu fatwa.

“Adalah dimaklumkan pada Selasa depan, Mahkamah Persekutuan membicarakan kes rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan SIS untuk membuat semakan kehakiman di mahkamah sivil terhadap Fatwa Pemikiran Li­beralisme dan Pluralisme Agama.

“Sekiranya keputusan ra­yuan ini tidak menyebelahi MAIS, Jawatankuasa Fatwa dan kerajaan negeri, keputusan ini akan menjadi precedent kepada semua kes MAIS yang masih berjalan di mahkamah sivil berkaitan bidang kuasa semakan kehakiman terhadap fatwa.

“Sehubungan itu, bagi memastikan mahkamah syariah kekal memiliki bidang kuasa memutuskan perkara berkait kepentingan agama dan umat Islam, seluruh surau serta masjid diseru mengadakan solat hajat,” jelas MAIS dalam kenyataan di sini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *