Home » Langit Terbuka » Seminar Al-Quran anjuran UniSZA tarik 300 peserta dalam dan luar negara

Seminar Al-Quran anjuran UniSZA tarik 300 peserta dalam dan luar negara

Naib Canselor UniSZA berkata, negara yang menghantar wakil ke seminar itu antaranya ialah Mesir, Indonesia, Brunei dan negara-negara Afrika

KUALA NERUS – Seminar Antarabangsa Al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari (SQ 2018) anjuran Univesiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya menarik lebih 300 peserta dari dalam dan luar negara.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A. Latif berkata negara yang menghantar wakil ke seminar itu antaranya ialah Mesir, Indonesia, Brunei dan negara-negara Afrika.

“Indonesia menghantar peserta paling ramai iaitu 20 orang dari Universiti Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya ke seminar SQ2018 itu yang berlangsung selama dua hari bermula semalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Ahmad Zubaidi berkata SQ2018 kali kelima itu dapat memberi input berguna dalam menggaris tanggungjawab dan memartabatkan hak kaum wanita serta segala perbahasan berkaitan golongan itu.

Beliau berkata seminar dwi tahunan anjuran Fakulti Pengajian Kontemporari yang bertemakan “Al-Quran Pemacu Pemerkasaan Wanita Menerusi Pelaksanaan Syariah” itu juga dapat memperbanyakkan khazanah ilmu kontemporari yang diolah berteraskan al-Quran.

Pada majlis itu, Unisza turut memeterai perjanjian persefahaman dan penyelidikan (MoU dan MoA) dengan Universiti Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya, Indonesia – Bernama

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *