Home » Langit Terbuka » ‘Orang luar’ tak perlu campur tangan hal ehwal Islam

‘Orang luar’ tak perlu campur tangan hal ehwal Islam

Sultan Johor mengingatkan pentadbiran hal ehwal Islam termasuk undang-undang dan sekolah bawah bidang kuasa kerajaan negeri

PETALING JAYA – Sultan Johor berkata “orang luar” tidak perlu campur tangan dalam hal ehwal Islam di negerinya atau memberi pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kekecohan.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan pentadbiran hal ehwal Islam termasuk undang-undang dan sekolah bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kepentingan agama Islam ditekankan sejak lebih 1 abad dulu. Semua pihak harus faham segala urusan agama Islam adalah hak negeri,” katanya dalam kenyataan sempena majlis sambutan 100 tahun pendidikan Islam di Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru.

Sultan Ibrahim mahu kerajaan negeri memikul amanah dan tanggungjawab berkaitan bidang kuasa negeri dengan berani dan tegas, dan mempertahankan kepentingan Johor dan rakyatnya setiap masa.

Sementara itu, Sultan Johor menyorot perhatian kepada percambahan sekolah tahfiz swasta di negerinya dan mengarahkan kerajaan negeri memantau semua sekolah berkenaan.

Sultan Ibrahim mahu tindakan diambil dengan segera ke atas mana-mana pengendali sekolah tahfiz swasta yang gagal memenuhi semua syarat dan keperluan yang ditetapkan. – FreeMalaysiaToday

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *