Home » Langit Terbuka » Orang Melayu perlu ambil positif teguran Dr Mahathir

Orang Melayu perlu ambil positif teguran Dr Mahathir

Presidennya GPMS berkata, kritikan kepada orang Melayu itu disifatkan sebagai kritikan membina yang seharusnya orang Melayu tidak perlu marah dengan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir

SHAH ALAM – Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Malaysia meminta orang Melayu mengambil positif terhadap teguran Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu tak tahu malu.

Presidennya, Zambri Mohd Isa berkata, kritikan kepada orang Melayu itu disifatkan sebagai kritikan membina yang seharusnya orang Melayu tidak perlu marah dengan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir.

Menurutnya, teguran itu juga adalah realiti yang telah dilihat oleh Dr Mahathir untuk mengubah orang Melayu.

“Apa yang saya lihat beliau (Dr Mahathir) hendak mengubah orang Melayu pun sebenarnya tidak mampu, jadi apa yang boleh dilakukan sentiasa beri teguran seumpama itu.

“Saya fikir jika orang Melayu rasa tidak boleh ditegur, orang Melayu kini dalam keadaan merbahaya dan bermasalah,” katanya kepada Sinar Harian.

Zambri berkata, keadaan itu tidak dilihat sebagai polimik politik yang perlu diambil oleh masyarakat malah kritikan itu umpama teguran seorang bapa kepada anak-anaknya.

Beliau turut mempersoalkan sejak 61 tahun merdeka semua pemimpin (Perdana Menteri) adalah Melayu, dan urus tadbirnya juga semua orang Melayu, pegawai awampun melayu malah pembuat dasar dan polisi pun orang Melayu.

“Tetapi mengapa kedudukan orang Melayu masih sama dan makin teruk, ini disebabkan oleh sikap dan orang Melayu itu sendiri.

“Kalau kita nak berubah, kita perlu ambil positif apa yang dikatakan, siapa sahaja Perdana Menteri selepas ini, jika orang Melayu masih lagi sama tidak akan ada perubahan langsung kepada orang Melayu,” katanya.

Ekoran kritikan itu juga, beliau menyarankan Dr Mahathir memikirkan satu formula mencari jalan untuk penyatuan orang Melayu.

Katanya, realiti sifat orang Melayu itu terpaksa akur dan diri sendiri perlu perbaiki untuk meningkatkan prestasi orang Melayu.

Semalam, Dr Mahathir mengkritik orang Melayu tidak berasa malu apabila bangsa lain melabel mereka tidak beramanah malah tidak mempedulikan penghinaan sedemikian. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *