Home » Citra Yadim » Pondok Perdana terima wakaf tanah di Telong, Kelantan

Pondok Perdana terima wakaf tanah di Telong, Kelantan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pondok Perdana, yang diinisiatifkan penubuhannya oleh Majlis Dakwah Negara (MDN) hari ini menzahirkan rasa syukur apabila menerima infak sebidang tanah di Mukim Telong, Bachok, Kelantan.

Dalam majlis ringkas penyerahan dokumen, MDN diwakili oleh Kapten (B) Shamsuddin Moner selaku Pengarah Kanan Sekretariat Majlis Dakwah Negara menerima dokumen tanah daripada YBhg Dato Yazid Bin Othman dan isterinya, Y.Bhhg Datin Norbaya Musa di Taman Sri Gombak di sini.

“Tanah seluas 0.4 hektar ini  diharap dapat dibangunkan oleh Pertubuhan Pondok Perdana bagi menjana tabung infak untuk pembangunan mereka, ” kata beliau dalam majlis itu.

Menurut Yazid, beliau berniat untuk mewakafkan tanahnya itu agar dapat dibangunkan Institusi Pondok Perdana yang dikelolakan oleh Pertubuhan Pondok Perdana.

Semoga lebih ramai lagi akan menurut jejak beliau dalam usaha memperkasa sistem dan institusi wakaf di negara ini.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *