Home » Citra Yadim » YADIM terima kunjungan BHEUU

YADIM terima kunjungan BHEUU

PUTRAJAYA – YADIM hari ini menerima kunjungan pegawai dan kakitangan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri di ibu pejabatnya di sini bagi tujuan mendalami peranan dan tanggungjawabnya.

BHEUU diketuai oleh Pengarah Bahagian Dasarnya, Y.Brs Dr Punitha Silivarajoo, selain pegawai dan kakitangan daripada bahagian tersebut. Manakala YADIM dalam pertemuan itu diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Y.Bhg Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi bin Hj Abd Majid, Y.Bhg Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal, Y.Bhg Dato Haji Taib Bin Ali, Yang Dipertua YADIM, Y.Bhg Dr Yusri bin Mohamad, Timbalan Yang Dipertua YADIM, Y.Brs Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli serta barisan kepimpinan kanannya.

Pertemuan selama kira kira dua jam itu antara lain membincang dan menerangkan hala tuju masa depan, pengumpulan dana, struktur pentadbiran, aktiviti selain bentuk sumbangan yang dilakukan dan yang diterima oleh YADIM.

Pertemuan antara dua badan ini dimulakan dengan sesi memperkenalkan barisan ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM serta kepimpinan kanan sebelum satu tayangan video mengenai YADIM dipaparkan kepada para pelawat BHEUU.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *