Home » Citra Yadim » YDP temui kepimpinan baru MAIM Terengganu

YDP temui kepimpinan baru MAIM Terengganu

Pertemuan eratkan ukhwah NGO Islam

KUALA TERENGGANU – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Dr Yusri Mohamad telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Datuk Dr Abdul Rashid Che Ali pada 17 Ogos lalu.

Pertemuan berkenaan telah diadakan di Masjid Simpang Tok Ku, di sini yang berlangsung sempena program Haul Tok Ku Tuan Besar dan Tok Ku Paloh Al-Aydrus.

Dengan adanya pertemuan berkenaan, maka diharapkan dapat meningkatkan lagi kerjasama di antara badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dalam menangani pelbagai isu berkaitan umat Islam di negara ini.

Pengarah YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, pertemuan itu adalah selaras dengan objektif penubuhan YADIM iaitu sebagai penyelaras NGO Islam di negara ini dengan menubuhkan MAIM.

“Penubuhan MAIM adalah penting selaras dengan objektif YADIM itu sendiri yang menjadi platform kepada NGO-NGO Islam berbincang dan mengutarakan cadangan masing-masing,’’ katanya.

Pertemuan berkenaan juga ujarnya, akan meningkatkan hubungan erat antara pendakwah-pendakwah Islam di negara ini yang bernaung di pelbagai NGO Islam di negari Terengganu.

MAIM adalah badan yang ditubuhkan oleh YADIM bagi menyelaras NGO Islam di negara ini serta menjadi platform kepada mereka untuk berkumpul, berbincang dan menyatakan pendirian di dalam sesuatu isu.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *