Home » Langit Terbuka » Kerajaan boleh hapuskan tol…

Kerajaan boleh hapuskan tol…

Penghapusan tol mampu mengurangkan kos harga barangan kerana kenaikan harga barangan turut didorong oleh kos tol yang perlu ditanggung peniaga, jelas Timbalan Menteri Kewangan

ALOR SETAR – Kementerian Kewangan berpendapat penghapusan kutipan tol boleh dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) namun ia perlu dilakukan secara berperingkat dengan mengambil kira kemampuan kewangan negara.

Timbalan Menterinya Datuk Amiruddin Hamzah berkata penghapusan kutipan tol juga mampu memberi impak positif terhadap ekonomi negara.

“Bila tol dihapuskan sudah pasti ia beri impak positif pada ekonomi. Penghapusan tol itu mampu mengurangkan kos harga barangan kerana kenaikan harga barangan turut didorong oleh kos tol yang perlu ditanggung peniaga.

“Sekiranya tol dihapuskan, maka satu komponen daripada kos tersebut sudah hilang, jadi ia akan beri impak kepada pengurangan kos barangan,” katanya kepada pemberita pada program Bakar Lemang di Masjid Taman Berlian di sini, hari ini.

Penghapusan tol adalah antara janji PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14. – Bernama

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *