Home » Langit Terbuka » Peminjam PTPTN tidak wajar dilayan seperti penjenayah

Peminjam PTPTN tidak wajar dilayan seperti penjenayah

PUTRAJAYA – Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar dilayan seperti penjenayah atau seperti mereka yang mencuri dana negara.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sehubungan itu pihaknya mengambil inisitaif mengeluarkan 429,945 peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen dalam tempoh 30 hari pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 8 Jun lalu.

“Menerusi pelaksanaan tersebut, para peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik tidak lagi mempunyai sebarang sekatan Jabatan Imigresen.

“Kami percaya mereka yang meminjam sedikit wang untuk membiayai pengajian tidak wajar dilayan seperti penjenayah atau seperti mereka yang mencuri dana negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *