Home » Langit Terbuka » Pupuk generasi muda bayar zakat

Pupuk generasi muda bayar zakat

PPZ-MAIWP menganjurkan kempen Futsal Zakat bagi menarik generasi muda selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama Islam

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan Program Kejohanan Futsal Zakat yang disertai sebanyak 15 pasukan di Pusat Futsal Mart di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, program itu merupakan salah satu strategi kempen pihaknya untuk menarik generasi muda membayar zakat.

“Ini merupakan kali pertama pihak PPZ-MAIWP menganjurkan kempen seperti ini bagi menarik generasi muda selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama Islam.

“Kita sentiasa bersedia melakukan penambahbaikan bagi memudahkan urusan bayaran zakat kepada para pelanggan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program berkenaan.

Johan bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 manakala naib johan, RM700 dan tempat ketiga pula, RM400. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *