Home » Langit Terbuka » KPDNHEP sokong cukai soda

KPDNHEP sokong cukai soda

Idea cukai soda menarik dan berbaloi untuk kerajaan lihat kerana kerajaan mendapat pulangan melalui cukai yang dikenakan kepada produk minuman soda, ujar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggu

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, supaya diperkenalkan cukai soda ke atas minuman berkarbonat bagi menampung hasil kerajaan.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan perlu tampil dengan beberapa idea bagi menampung kekurangan hasil negara selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Idea itu menarik dan berbaloi untuk kerajaan lihat kerana kerajaan mendapat pulangan melalui cukai yang dikenakan kepada produk minuman soda.

“Selain itu ia juga memberi mesej kepada rakyat bahawa pengambilan berlebihan minuman itu akan memberi kesan terhadap kesihatan,” katanya kepada media selepas menyertai SSM BizRun 2018 anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Tony Pua mengumumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan cukai baharu termasuk cukai soda.

Menurutnya, langkah itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah (B40) malah dapat menggalakkan kehidupan yang lebih sihat dalam kalangan masyarakat.

“Misalnya, saya boleh sebut, katakan kita nak laksanakan cukai soda, macam cukai (ke atas) Coca-Cola, ia ada dua komponen.

“Pertama ia dapat beri sedikit hasil kepada kerajaan. Ia (juga) tidak membebankan golongan B40 sebab (mereka) tak perlu minum Coca-Cola.

“Pada masa sama, kita boleh menggalakkan kehidupan yang lebih sihat,” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *