Home » Langit Terbuka » Apa lagi mahu saya buat?

Apa lagi mahu saya buat?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan LGBT sekiranya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan ke atas LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di negara ini hanya boleh dilakukan jika mereka dikaitkan dengan akta jenayah dan aktiviti mempromosikan budaya songsang itu.

“Apa yang kamu (wartawan) mahu saya buat. Awak mahu saya tangkap mereka-mereka ini?

“Anda mahu saya letak mereka dalam penjara sebab (aktiviti mereka), saya telah jelaskan kalau melibatkan jenayah dimana ia dimaktubkan dalam undang-undang.”

“Kedua bab mempromosikan (LGBT), kamu tidak boleh lebih dari itu. Ini langkah terbaik yang kami buat dalam memastikan isu ini ditangani sebab awak kata tadi isu ini sensitif,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang langkah kerajaan dalam menangani budaya negatif yang mendapat kritikan rakyat.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan LGBT sekiranya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Malah, beliau menegaskan setiap warganegara Malaysia mempunyai hak masing-masing.

Dalam pada itu, Mujahid mengakui pihaknya ada mengarahkan potret aktivis LGBT yang dipamerkan di sebuah festival pameran fotografi George Town diturunkan.

Menurut beliau, arahan itu dibuat kerana pameran potret itu dilihat mempromosikan gelaja itu yang bertentangan dengan polisi PH berhubung isu LGBT.

“Jadi untuk menghormati polisi..kerana bagi saya kalau anda letakkan gambar bersama simbol dan ditulis aktivis LGBT, jika (dikatakan) tiada promosi, jadi sebenarnya definisi promosi (bagi mereka),” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *