Home » Citra Yadim » `Transformasi Orang Muda’ perkasa belia

`Transformasi Orang Muda’ perkasa belia

KOTA BHARU – Program Transformasi Orang Muda (TOM) dirangka khas bagi menyantuni dan memperkasa belia kearah menjadi belia berjati diri cemerlang dan mampu mengalas tanggungjawab dalam masyarakat, kata Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur, Mahadi Awang.

“Jiwa belia orang muda perlu disemai dan dibentuk dengan nilai murni dan dengan sebab itu kitalah yang bertanggungjawab membentuk diri mereka” katanya.

Menurutnya, sebelum ini program yang melibatkan anak muda kebanyakan berbentuk khidmat bakti tetapi kali ini, elemen pemantapan akidah ditekankan juga.

Katanya, program TOM `Kem Perkasa Akidah’ berjaya dilaksanakan dengan cemerlang dan melalui program ini aktiviti-aktiviti disusun dengan rapi berdasarkan modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh fasilitator.

“Seramai 75 orang peserta daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu mengikuti program ini selama tiga hari dua malam di Sweet Beach Resort Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan bermula 29 Julai,’’ katanya.

Beliau berkata, Ini adalah sebahagian daripada perluasan dakwah yang dijalankan YADIM selaras dengan misi mengembangkan dakwah massa dengan membentuk khairo ummah dengan pendekatan hikmah.

Menurutnya, sasaran tumpuan program ialah pelajar-pelajar berisiko dari tingkatan tiga, empat dan lima.

“TOM diadakan bagi membentuk remaja menjadi pemimpin pelapis  pada masa hadapan, kental akidahnya dan tidak mudah goyah dengan dugaan dunia alaf baru yang dihambat dengan pelbagai ajaran atau gejala negatif hari ini”.

“YADIM percaya apabila kental akidahnya maka unsur lain akan turut sama terarah kepada kebaikan dan membetulkan personaliti remaja yang hebat dunia, hebat akhirat”.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *