Home » Langit Terbuka » Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah

Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah

Datuk Shahril Ridza Ridzuan dijangka memulakan tugas sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional pada 20 Ogos ini

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad umum pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Urusan syarikat itu. Beliau dijadual memulakan tugas pada 20 Ogos ini.

Shahril Ridza, 48, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dilantik memegang jawatan itu pada 16 April 2013.

Sebelum menyertai KWSP, Shahril Ridza merupakan Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di mana beliau bertanggungjawab membangunkan KL Sentral menjadi salah satu pusat komersial utama di Malaysia.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dan terlibat dalam pemulihan korporat dan penstrukturan semula kredit berikutan Krisis Kewangan Asia 1997.

Shahril Ridza juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif Media Prima Bhd, Malaysian Building Society Berhad, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, MRCB dan IJN Holdings Sdn Bhd.

Shahril Ridza memiliki Ijazah Sarjana Seni dari Universiti Cambridge dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Sivil dari Universiti Oxford.

 

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/shahril-ridza-ridzuan-dilantik-pengarah-urusan-khazanah-182120

 

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *