PUTRAJAYA – Â Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat (BKMM) meneruskan usaha menyemai semangat kesukarelaan di kalangan masyarakat dengan menubuhkan pasukan Sukarelawan Al-Falah (SAF) di Kamunting, Perak pada 23 Julai lalu.
Pengarah BKKM, Shahrizal Mat berkata, penubuhan pasukan SAF Kamunting itu telah dirasmikan di Surau Taman Desa Jana, Kamunting dan ditubuhkan atas inisiatif para penduduk setempat yang inginkan lebih banyak aktiviti dakwah dan kesukarelaan dilaksanakan.
“YADIM sangat mengalukan penubuhan pasukan SAF ini kerana ia bakal menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai program kemasyarakat dan membolehkan kami memberikan khidmat bakti kepada penduduk setempat tanpa mengira  agama dan pegangan politik,’’ katanya.
Pesuruhjaya SAF Negeri Perak, Kamariah Baharom,telah menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan serta memberikan taklimat penubuhan dan perlantikan struktur organisasi pasukan.
Dalam majlis itu, Mohd Noor Mohamad telah dipilih sebagai Ketua Pasukan SAF Kamunting Perak.
Serentak dengan itu diadakan perbincangan program SAF bersama masyarakat Taman Desa Jana dan pembukaan Kaunter Kutipan Tabung Infaq YADIM
Taklimat penubuhan ini melibatkan Jawatankuasa penduduk, Jawatankuasa Surau Al-Munawarah, dan jawatankuasa baru SAF.
SAF Kamunting Perak ini meliputi wakil dari enam buah taman di sekitar Kamunting iaitu Taman Desa Jana,  Taman Desa Murni,  Taman Desa Jana Indah,  Taman Desa Jana Permai, Taman Desa Jaya dan  Taman Desa Sofia.
KOMEN