Home » Langit Terbuka » Perlu Bezakan Perjuangan Rakyat Dengan Parti Komunis Malaya – Mohamad Sabu

Perlu Bezakan Perjuangan Rakyat Dengan Parti Komunis Malaya – Mohamad Sabu

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata perlu bezakan antara perjuangan rakyat dengan Parti Komunis Malaya

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata semua pihak perlu membezakan antara perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan dengan gerakan komunis.

“Perjuangan rakyat dengan komunis itu susahlah kita hendak masukkan (dalam buku sejarah). Kalau perjuangan rakyat untuk mencapai kemerdekaan itu, soal lain.

“Ada perjuangan rakyat untuk mencapai kemerdekaan dicop sebagai perjuangan komunis seperti perjuangan Dr Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaacob dan Pak Sako (Ishak Muhammad).

“Saya tidak fikir mereka ini menganut ideologi komunis. Itu yang kita kena bezakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai forum bertajuk ‘Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah?’ yang dianjurkan ‘Imagined Malaysia’ bagi membincangkan peranan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan sama ada pihak kerajaan perlu mengubah sejarah zaman darurat – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1484995

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *