Home » Langit Terbuka » RUU Kebencian Agama Dan Kaum Bakal Dibentang

RUU Kebencian Agama Dan Kaum Bakal Dibentang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, akta tersebut bertujuan melindungi semua agama termasuk Islam daripada dicaci dan dimaki.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhasrat mengemukakan Rang Undang-Undang Kebencian Agama dan Kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, akta tersebut bertujuan melindungi semua agama termasuk Islam daripada dicaci dan dimaki.

“Rang undang-undang ini bertujuan melindungi bukan sahaja Islam dihina tetapi agama lain juga yang dihina boleh diambil tindakan.

Ini bagi menjamin kuasa yang ada dalam negara ini yang melibatkan kepelbagaian kaum dan agama perlu diberi perlindungan agar mana-mana agama sekali pun dilarang dicaci dan dimaki,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin mengetahui sejauh mana kerajaan PH bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/politik/ruu-kebencian-agama-dan-kaum-bakal-dibentang-1.715148#ixzz5M8oLxX16

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *