Home » Langit Terbuka » Peluang saksi gerhana bulan penuh dan Planet Marikh

Peluang saksi gerhana bulan penuh dan Planet Marikh

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh dan planet Marikh dari lebih dekat melalui teleskop yang disediakan di perkarangan pintu masuk Planetarium Negara pada 27 dan 28 Julai ini.

Menurut Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Mosti), beberapa buah teleskop disediakan khas bagi tujuan itu oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kelab-Kelab Falak dan Persatuan Stargazer pada kedua-dua hari berkenaan.

Pada 27 Julai bermula pukul 9 hingga 11.30 malam, program pencerapan Planet Marikh akan dijalankan, manakala program pencerapan gerhana bulan penuh pula diadakan pada 28 Julai bermula 1 pagi hingga 7 pagi.

Siaran langsung melalui Facebook juga akan diadakan pada 28 Julai pukul 2 pagi bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat lintas langsung berkenaan fenomena itu. Menurut kenyataan itu, bagaimanapun, kenampakan kedua-dua fenomena berkenaan bergantung kepada keadaan cuaca.

Orang ramai digalak hadir ke Planetarium Negara dan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena luar biasa ini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22735484 atau laman sesawang www.planetariumnegara.gov.my atau laman Facebook Planetarium Negara. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *