Home » Langit Terbuka » Majoriti barangan dikecualikan cukai SST

Majoriti barangan dikecualikan cukai SST

Majoriti barangan akan dikenakan cukai pada kadar sifar, manakala sebahagiannya lima dan 10 peratus di bawah SST

 

PETALING JAYA: Majoriti barangan akan dikecualikan cukai dalam pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan semula, 1 September depan.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam, berkata melalui SST, jumlah barangan dikenakan cukai akan berkurangan berbanding pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Pelaksanaan SST jauh lebih mudah daripada GST. Jika sebelum ini kita berjaya melaksanakan GST, maka tiada sebab untuk kita tidak dapat melaksanakan SST.

“Majoriti barangan akan dikenakan cukai pada kadar sifar, manakala sebahagiannya lima dan 10 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan taklimat penerangan pelaksanaan SST bersama industri di Auditorium Perdana, Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Subromaniam berkata, senarai barangan dikecualikan cukai akan dimuat naik dalam portal GST yang ditukarkan kepada portal SST nanti.

Bawah SST, katanya, sistem pemfailan serta pembayaran akan dilakukan secara elektronik dan tidak sama dengan GST.

“Kami ada sistem SST baharu yang lebih memudahkan peniaga dan tidak menggunakan kaedah manual seperti sistem SST sebelum ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai isu kenaikan harga barangan pula, beliau berkata, ada banyak faktor lain yang menyumbang perkara itu.

“Cukai ialah satu daripada faktor, namun ada faktor lain di luar kawalan seperti permintaan dan penawaran barangan serta kenaikan harga minyak.

“Jangan menyalahkan cukai semata-mata yang kononnya menyumbang kenaikan harga barang,” katanya.

 

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *