Home » Langit Terbuka » SST: 10 Peratus Cukai Jualan, 6 Peratus Cukai Perkhidmatan

SST: 10 Peratus Cukai Jualan, 6 Peratus Cukai Perkhidmatan

Menteri Kewangan , Saudara Lim Guan Eng berkata cukai Jualan sebanyak 10 peratus manakala Cukai Perkhidmatan pada kadar enam peratus apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan semula pada 1 September ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengenakan Cukai Jualan sebanyak 10 peratus manakala Cukai Perkhidmatan pada kadar enam peratus apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan semula pada 1 September ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan menjangkakan perolehan sebanyak RM4 bilion hasil kutipan SST menjelang hujung tahun ini.

“Berikutan pelaksanaan kadar sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak Jun lalu, kerajaan Persekutuan dijangka kehilangan pendapatan sebanyak RM21 bilion tahun ini.

“Bagaimanapun, pengenalan semula SST, peningkatan harga minyak mentah dan dividen tambahan daripada syarikat milik kerajaan (GLC) akan memberi pendapatan tambahan kepada kerajaan pada 2018,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Persidangam Cukai Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, Rang Undang-undang SST dijangka diluluskan pada Ogos ini semasa persidangan Dewan Rakyat. – MALAYSIAGAZETTE

https://temp.malaysiagazette.com/v2/blog/2018/07/16/sst-10-peratus-cukai-jualan-6-peratus-cukai-perkhidmatan/

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *