PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan lebih bertoleransi dalam pendekatannya menguruskan hal berkaitan Islam di negara ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.
Beliau berkata Islam sebagai agama ulung perlu dilihat sentiasa berada dalam lingkungan hikmah dan terpelihara daripada persepsi negatif yang mungkin timbul hasil pendekatan dan tindakan yang diambil agensi agama.
Katanya Islam tidak harus dilihat sebagai satu agama yang keras dan suka menghukum, sebaliknya perlu ditonjolkan sebagai agama yang membawa rahmat kepada semua.
“Pihak yang ‘tergelincir’ dari landasan agama perlu disantuni, dinasihati dan dibimbing, manakala penguatkuasaan harus diletak sebagai pilihan terakhir dalam melaksanakan dakwah yang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah di sini hari ini. – BERNAMA
KOMEN