KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebentar tadi mengetuai Ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Ia disusuli Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen lain.
Terdahulu, pelantikan Mohamad Ariff disahkan Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen pembangkang bertindak meninggalkan Dewan Rakyat kerana membantah pelantikan Mohamad Ariff. – BERITA HARIAN ONLINE
KOMEN