Home » Langit Terbuka » KPM Akan Laksana Intervensi Bantu Sekolah Tahfiz

KPM Akan Laksana Intervensi Bantu Sekolah Tahfiz

Menteri Pendidikan berkata, kementeria tidak mahu apa yang diajarkan di sekolah tahfiz itu akan melahirkan pelajar yang tidak mengenal ilmu duniawi. Ia kena ada keseimbangan di antara ilmu akhirat (ukhrawi) dan duniawi yang diperlukan terutamanya dari segi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik," katanya

PETALING JAYA –  Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan beberapa intervensi untuk membantu sekolah tahfiz bagi memastikan pelajar tahfiz mampu berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerja yang semakin mencabar.

“Biasanya, isu yang berbangkit di sekolah tahfiz adalah mengenai kualiti pengajaran dan pendidikan. Jadi, kita ingin memastikan supaya sekolah tahfiz tidak menggadaikan kualiti pendidikan untuk anak-anak kerana mereka inilah masa depan negara,” kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada Bernama.

Ketika ditemui selepas merasmikan Konvesyen Pendidikan Kebangsaan ke-24 dan Persidangan Agung Perwakilan ke-36 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, di Subang Jaya dekat sini, hari ini, beliau berkata langkah itu bagi memastikan semua pelajar tahfiz mempunyai keseimbangan antara ilmu ukhrawi dan duniawi.

“Kita tidak mahu apa yang diajarkan di sekolah tahfiz itu akan melahirkan pelajar yang tidak mengenal ilmu duniawi. Ia kena ada keseimbangan di antara ilmu akhirat (ukhrawi) dan duniawi yang diperlukan terutamanya dari segi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mencadangkan penutupan sekolah tahfiz yang disifatkan terlalu radikal, Maszlee berpendapat semua ibu bapa mempunyai hak untuk memilih pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1479116

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *