Home » Langit Terbuka » Betulkan Salah Faham Dengan Berhikmah Dalam Suasana Persaudaraan – Raja Muda Perlis

Betulkan Salah Faham Dengan Berhikmah Dalam Suasana Persaudaraan – Raja Muda Perlis

Baginda bertitah tiada alasan bagi sesama umat Islam berpecah belah kerana Al-Quran mengajar agar jangan terlalu cepat menghukum orang lain terutama yang mempunyai fahaman yang berbeza daripada kita.

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan umat Islam agar membetulkan sebarang salah faham atau keraguan dengan penuh hikmah dalam suasana persaudaraan sepertimana disarankan Al-Quran.

Baginda bertitah tiada alasan bagi sesama umat Islam berpecah belah kerana Al-Quran mengajar agar jangan terlalu cepat menghukum orang lain terutama yang mempunyai fahaman yang berbeza daripada kita.

“Kesatuan, persamaan dan persaudaraan merupakan nilai-nilai fundamental yang menjadi pemangkin bagi perkembangan, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara.

“Jumlah ayat Al-Quran yang menganjurkan semangat persatuan atau perpaduan juga lebih banyak daripada ayat yang menjelaskan perihal perpecahan,” titah baginda pada Majlis Penutup Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Perlis di sini, hari ini.

Baginda bertitah, perkara itulah yang diajarkan atau disarankan oleh Al-Quran sebagai usaha ke arah menghasilkan kesejahteraan negara. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1478616

Artikel Berkaitan

Tanggapan salah terhadap dialog

Apabila disebut dialog antara agama, sebahagian besar masyarakat Malaysia khususnya orang Islam memandang negatif dan menolak keberadaan mekanisme dialog antara agama di

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *