Home » Langit Terbuka » CUEPACS Gesa Pembekuan Koperasi Kredit Ditarik Balik

CUEPACS Gesa Pembekuan Koperasi Kredit Ditarik Balik

Datuk Azih Muda berkata, berharap Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mengkaji semula pembekuan Koperasi Kredit oleh kerajaan sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menarik balik pembekuan Koperasi Kredit untuk manfaat ahli.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, simpanan melalui Koperasi Kredit adalah selamat dan tidak sewajarnya disekat.

“Kami berharap Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mengkaji semula pembekuan Koperasi Kredit oleh kerajaan sebelum ini.

“Kami melihat sistem Koperasi Kredit adalah jalan yang sesuai untuk menggalakkan tabungan. Justeru kami harap tiada sekatan untuk Koperasi Kredit ditubuhkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Jalinan Kasih Silaturrahim Aidilfitri CUEPACS 2018 di Pusat Konvensyen CIDB di sini hari ini.

Koperasi Kredit merupakan satu koperasi yang memberi peluang kepada ahlinya dalam memperoleh pinjaman dengan mudah dalam membantu dari segi kewangan.

Azih berkata, perjumpaan CUEPACS dan KPDNKK akan dilaksanakan secepat mungkin bagi membincangkan perkara tersebut. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/cuepacs-gesa-pembekuan-koperasi-kredit-ditarik-balik-1.702951#ixzz5KIDtdsME

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *