KUALA LUMPUR – Kabinet baru kerajaan yang akhirnya diumumkan semalam menyaksikan barisan yang lebih kecil tetapi mantap terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mampu menyuntik harapan dan keyakinan baharu kepada rakyat ke arah menerajui negara.
Kabinet lebih kecil terdiri daripada 25 kementerian yang mengandungi 26 menteri juga seiring dengan langkah kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan perbelanjaan ketika negara memikul beban jumlah hutang yang besar.
Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam menyifatkan Kabinet baharu itu sebagai ‘Bersih, Cekap dan Kompak’ sambil berkata kabinet yang kecil bakal membawa banyak kelebihan kerana menteri dapat membuat penyelarasan lebih rapat dalam tugas mereka, dengan itu mengurangkan birokrasi.
Beliau berkata, pada masa yang sama ini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran.
“Kami berharap kabinet baharu ini akan mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih cekap dan lancar. Kabinet yang kecil juga membolehkan perdana menteri dan timbalan perdana menteri memantau setiap kementerian dengan teliti. – BERNAMA
KOMEN