Home » Langit Terbuka » Sabah Tumpu Bangunkan Modal Insan, Lonjak Pertumbuhan Ekonomi

Sabah Tumpu Bangunkan Modal Insan, Lonjak Pertumbuhan Ekonomi

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri akan memberi tumpuan dalam membangunkan modal insan yang juga pemangkin kepada pertumbuhan mapan ekonomi di negeri ini.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata selaras dengan itu, kerajaan akan berusaha membangunkan modal insan secara holistik serta berterusan bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran tinggi, berinovasi, kreatif dan berdaya saing.

“Antaranya meliputi pemerkasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang termasuklah sains dan teknologi, kejuruteraan serta matematik dan keusahawanan.

“Justeru, kerajaan akan mempertingkatkan keupayaan Institut Pengajian Tinggi milik kerajaan negeri serta memperkukuhkan lagi kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi yang lain, termasuk institusi pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam usaha memberikan perkhidmatan latihan yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar kerajaan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Yang Ke-15, di sini hari ini. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1476374

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *