Home » Langit Terbuka » Malaysia Tahap Ke 2 Pemerhatian Pemerdagangan Orang – JNAS

Malaysia Tahap Ke 2 Pemerhatian Pemerdagangan Orang – JNAS

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, laporan yang dikeluarkan pada 28 Jun di Washington, Amerika Syarikat

PUTRAJAYA – Malaysia belum berjaya mencapai tahap memenuhi piawaian minimum dalam penghapusan pemerdagangan orang, menurut Laporan Tahunan Mengenai Pemerdagangan Orang yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS).

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, laporan yang dikeluarkan pada 28 Jun di Washington, Amerika Syarikat (AS) itu meletakkan Malaysia di Tahap 2 Pemerhatian bagi 2018 berbanding Tahap 2 pada tahun lalu.

“Malaysia pernah menduduki Tahap 2 Pemerhatian sebanyak sembilan kali iaitu di antara 2006 hingga 2018.

“Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan mengambil maklum laporan tahunan itu dan akan terus komited untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penilaian JNAS itu dibuat terhadap 187 buah negara termasuk Malaysia yang merangkumi aspek pencegahan, pendakwaan dan perlindungan. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *