Home » Langit Terbuka » UITM Lakar Sejarah Institusi Pertama Lancar Satelit Nano Ke Angkasa Lepas

UITM Lakar Sejarah Institusi Pertama Lancar Satelit Nano Ke Angkasa Lepas

UiTMSAT-1 dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi roket kargo Space X Falcon 9 dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat kira-kira pukul 5.47 petang waktu tempatan.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar sejarah universiti awam di negara ini apabila menjadi institusi pertama membina dan melancarkan satelit nano sulungnya iaitu ‘UiTMSAT-1′ ke angkasa lepas semalam.

UiTMSAT-1 dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi roket kargo Space X Falcon 9 dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat kira-kira pukul 5.47 petang waktu tempatan.

Satelit nano berbentuk kiub berukuran 10 sentimeter itu dibina oleh dua pelajar UiTM di Jepun iaitu Syazana Basyirah Mohamad Zaki dan Muhammad Hasif Azami hasil jalinan kerjasama dengan Kyushu Institute of Technology (KyuTech) menerusi program ‘Joint Global Multi-Nation (BIRDS-2)’.

Syazana Basyirah dan Muhammad Hasif merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana dan PhD dalam bidang berkaitan di negara tersebut.

Selain mereka, turut mengikuti program berkenaan adalah lapan pelajar lain dari Bhutan dan Filipina yang membina satelit nano bagi negara mereka iaitu BHUTAN-1 dan MAYA-1 (Filipina). – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *