Home » Langit Terbuka » AS Terima Kecaman Antarabangsa

AS Terima Kecaman Antarabangsa

ANGGOTA Republikan, Juan Vargas mengadakan bantahan di luar bilik mesyuarat di mana Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengadakan pertemuan dengan anggota Kongres Republikan di bangunan Capitol, Washington, DC semalam. 

WASHINGTON – Kritikan antarabangsa terhadap dasar Amerika Syarikat (AS) memisahkan kanak-kanak pendatang asing daripada ibu bapa mereka yang mencari suaka di sempadan negara ini, dilihat semakin memuncak.

Lapor BBC, Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, ‘mengurung’ kanak-kanak terbabit adalah tidak wajar sama sekali.

Kongres AS dikatakan mendapat desakan untuk mengubah dasar ditetapkan oleh Presiden Donald Trump.

Susulan itu, Republikan sedang berusaha utuk menggubal rang undang-undang baharu dan bakal diputuskan dalam tempoh 24 jam. – AGENSI

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *