Home » Langit Terbuka » Jewel Terima Aduan Kes Penderaan Kanak-Kanak Setiap Bulan

Jewel Terima Aduan Kes Penderaan Kanak-Kanak Setiap Bulan

JOHOR BAHRU – Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor (Jewel) menerima aduan mengenai kes penderaan seksual dan fizikal membabitkan kanak-kanak hampir setiap bulan di negeri ini.

Pengerusinya Liza Alip berkata hal tersebut agak membimbangkan kerana sekurang-kurangnya setiap bulan terdapat tiga hingga empat aduan diterima iaitu satu aduan setiap minggu.

“Mereka (mangsa dan keluarga) bimbang sekiranya aduan yang dibuat kepada pihak berwajib memakan masa yang lama untuk diambil tindakan dan mereka juga takut terhadap keselamatan mereka.

“Justeru, mereka datang kepada kami (Jewel) dan pihak kami akan sentiasa memantau dan memastikan setiap aduan itu diambil tindakan segera dan diberi perhatian pihak berwajib,” katanya kepada pemberita dalam sidang media mengenai usaha pengumpulan dana amal bagi Kempen Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-kanak Jewel, di sini, hari ini.

Liza berkata lazimnya, mangsa yang bersekolah rendah akan ditemani keluarga ketika datang membuat aduan kepada Jewel dan membuat laporan polis terlebih dahulu. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *