Home » Langit Terbuka » Usahawan Malaysia wajar manfaatkan pasaran serantau

Usahawan Malaysia wajar manfaatkan pasaran serantau

Asean merupakan pasaran besar yang perlu lebih diterokai usahawan Malaysia

 

KUALA LUMPUR – Usahawan Malaysia mesti belajar membuat impak yang lebih luas dengan melebarkan peniagaan mereka ke pasaran antarabangsa, kata Pengerusi Eksekutif Qi Group, Datuk Seri Vijay Eswaran.

Mereka tidak harus bersikap selesa dengan hanya menjalankan perniagaan dalam pasaran tempatan, memandangkan penduduk negara hanya seramai 30 juta dan tidak mencukupi untuk mengekalkan perniagaan mereka dalam jangka panjang, terutama jika mereka mempunyai perancangan untuk meluaskan pasaran, katanya.

“Tidak seperti Indonesia, yang mempunyai kira-kira 300 juta penduduk, dan merupakan pasaran yang lebih mampan untuk tempoh yang lama. Namun, tidak banyak jenama Malaysia yang terkenal di sana,” katanya lagi.

Buat permulaan, Eswaran berkata usahawan tempatan wajar memanfaatkan 600 juta penduduk ASEAN.

“ASEAN sebenarnya pasaran yang menawarkan peluang perniagaan yang luas, namun kita tidak memanfaatnya. Jika Malaysia mahu menjadi rakan dagang global, kita mesti memanfaatkan ASEAN – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *