Home » Langit Terbuka » Tengku Abdullah Zahir Kebimbangan Harta Pusaka Umat Islam Terbiar

Tengku Abdullah Zahir Kebimbangan Harta Pusaka Umat Islam Terbiar

Tengku Abdullah mencemar duli beramah mesra dengan rakyat selepas merasmikan Masjid Kampung Batu Papan dan berbuka puasa bersama rakyat

BERA – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad menzahirkan kebimbangan terhadap majoriti nilai harta pusaka milik umat Islam yang terbeku dan masih belum diwariskan berikutan masalah pengurusan harta pusaka.

Tengku Abdullah bertitah baginda pernah membaca laporan akhbar yang menyatakan sejumlah RM66.6 bilion nilai harta pusaka di Malaysia masih terbuka dan belum diwariskan atau dituntut oleh waris.

“Perlu diingat, harta bukanlah diperolehi secara pipis datang melayang. Harta tidak dimiliki secara bulat datang bergolek. Harta yang diperoleh adalah dengan penat jerih yang diusahakan sepanjang hayat oleh si pemilik harta.

“Mereka mengorbankan keperluan hari ini untuk persediaan memenuhi keperluan anak cucu hari esok. Maka, amatlah malang setelah pemilik harta meninggal dunia, harta tersebut yang bertaraf harta pusaka, ditinggalkan terbeku begitu sahaja dan tidak boleh digunakan.

“Senario ini merupakan satu kerugian kepada waris dan kerugian amat besar kepada umat Islam keseluruhannya,” titah baginda ketika berucap merasmikan Masjid Kampung Batu Papan dan berbuka puasa bersama rakyat dan pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di sini, hari ini – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *