COPENHAGEN – Denmark mengenakan larangan pemakaian niqab di tempat awam, sekali gus menjadi negara terbaharu yang berbuat demikian selepas Perancis dan beberapa negara di Eropah.
Parlimen Denmark mengundi undang-undang yang diusulkan oleh kerajaan yang menyatakan pemakaian niqab bertentangan dengan nilai rakyat negara ini.
Namun, pembangkang menegaskan larangan itu yang berkuatkuasa pada 1 Ogos, telah melanggar hak berpakaian wanita.
Menteri Kehakiman, Soren Pape Poulsen berkata, sekiranya ada yang ingkar, mereka akan dikenakan denda dan disuruh untuk pulang ke rumah. – REUTERS
KOMEN