Home » Langit Terbuka » Polis Israel belasah aktivis sehingga patah kaki

Polis Israel belasah aktivis sehingga patah kaki

Polis Israel menggunakan kekerasan ketika menyuraikan aktivis yang membantah kekejaman Zionis terhadap penduduk Palestin di Haifa.

GENTING GAZA – Kumpulan aktivis mendakwa polis rejim Zionis menggunakan kekerasan melampau ketika menahan seorang pekerja NGO keturunan Arab-Israel semasa bantahan di Haifa.

Jafar Farah, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Mossawa adalah salah seorang daripada 21 individu yang ditangkap pada Jumaat lalu ketika demonstrasi menentang pembunuhan penduduk Palestin di sepanjang sempadan Gaza oleh polis Israel.

Penahanan secara paksa itu menyebabkan kaki Farah patah dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Polis Israel mengesahkan Farah telah dibawa ke hospital tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.

Organisasi Adalah dalam satu kenyataan berkata, cara polis Israel menangani situasi di Haifa tidak profesional kerana memukul dan menafikan akses tahanan kepada peguam selama lebih kurang sejam selepas penangkapan mereka.

“Kesemua tahanan digari sepanjang malam dan terpaksa duduk di lantai balai polis. Kebanyakan mereka mengalami lebam serius pada pergelangan tangan.

“Kami menganggap penangkapan ini sebagai haram kerana semasa demonstrasi tiada siapa melakukan provokasi terhadap polis,” katanya.

Sementara itu, Pusat Mossawa menerusi kenyataannya di Facebook berkata bahawa Farah telah diserang semasa dalam tahanan polis dan kini berada di Hospital Bnai Tzion dengan kaki patah. – Press TV / SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *