Home » Langit Terbuka » PM hubungi Erdogan bincang isu Palestin

PM hubungi Erdogan bincang isu Palestin

Recep Tayyip Erdogan

PUTRAJAYA 16 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bagi membincangkan tindakan kekerasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Dr. Mahathir berkata, Erdogan berhasrat untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan lebih lanjut berhubung isu tersebut.

“Kalau mesyuarat itu buat awal, saya mungkin tidak boleh sertai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir lagi, Malaysia telah menyatakan pendirian negara mengutuk kekerasan dilakukan Israel kepada rakyat Palestin. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *