NEW DELHI 16 Mei – Operasi ketenteraan India menentang pemberontak di wilayah pertikaian Kashmir dihentikan buat sementara waktu bermula hari ini bagi menghormati bulan Ramadhan iaitu bulan suci umat Islam.
Penangguhan selama 30 hari itu adalah julung kali dilaksanakan di Kashmir yang dikuasai India selama hampir dua dekad, turut menyaksikan peningkatan kezaliman dalam beberapa bulan kebelakangan ini di wilayah majoriti penduduk beragama Islam itu.
India mempunyai sebanyak 500,000 tentera di Kashmir, wilayah yang memisahkan antara India dan Pakistan tetapi dituntut oleh kedua-dua negara itu.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Rajnath Singh berkata, penangguhan itu adalah bertujuan supaya bulan Ramadhan boleh diraikan dengan aman damai.
Keputusan tersebut bermaksud tentera India akan menghentikan usaha mencari militan selain pencarian dari rumah ke rumah, tetapu mereka akan tetap bertindak balas jika diserang, kata pegawai. -AFP
KOMEN